![]() |
Sekolah Kebangsaan Bukit Sentosa mula dibuka pada 5 Januari
2004. Terletak 17 kilometer dari Bandar Rawang. Sekolah ini telah diasaskan oleh Puan Hajjah Nor Shakila Binti Kamaluddin sehingga tahun 2014. Puan Hajjah Nor Shakila kemudian telah berpindah ke SK Bukit Beruntung(2). Pada awalnya sekolah ini
beroperasi dengan menumpang di Sekolah Kebangsaan Bukit Beruntung bermula pada
5.1.2004 hingga 9.1.2004 dengan bilangan guru seramai 56 orang dan 1690 murid. Kemudian telah berpindah ke bangunan sekolah SK Bukit Sentosa sendiri pada 12.1.2004
dengan satu sesi persekolahan. Pada awal bulan Mac, sesi petang dimulakan
kerana pertambahan murid yang begitu mendadak berikutan sekolah ini terletak
berhampiran kawasan taman perumahan baru. Oleh kerana pertambahan murid begitu mendadak pada tahun 2005 iaitu sejumlah 2330 orang, maka sebuah bangunan sementara 4 bilik darjah telah didirikan pada hujung tahun 2006.
Pucuk pimpinan kemudian diterajui oleh Puan Yusma Binti Yusof selaku Guru Besar sehingga sekarang. Bilangan murid dan guru kian bertambah di mana mempunyai 123 orang guru dan seramai 2222 orang murid. Terdapat 10 buah kelas untuk Tahun 1,2,3 dan 4. Manakala 11 buah kelas untuk Tahun 5 dan 6.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan